Thursday, 7 January 2016

Berjumpa lagi kita di entri yang kedua. Kami telah berjumpa dengan usahawan yang telah kami pilih di Kampung Assyakirin, Bintulu.

Perjumpaan kali pertama:

- Kami melakukan aktiviti temu bual untuk mengetahui tentang perniagaan beliau dalam industri yang diceburi beliau dengan lebih mendalam.

- Beliau lebih memfokuskan produk belacan yang dinamakan 'Belacan Bintulu' berbanding produk yang lain.

- Beliau juga telah berkongsi ilmu tentang cara pemprosesan produk beliau.



Latar Belakang  Hajah Dora Binti Abdul Rahman

  • Nama syarikat : AENO Enterprise (Diambil sempena nama anak perempuan beliau)
  • Mantan guru dan Pegawai Bank
  • Pernah bekerja di Syarikat Kapal sambil membuat perniagaan 'Belacan Bintulu' mengikut permintaan. 
  • Mula menceburkan diri beliau dalam perniagaan pada tahun 1998 secara persendirian.
  • Perniagaan beliau aktif pada tahun 2006 dan beliau melakukan perniagaan secara perkongsian bersama bapa saudara beliau.
  • Beliau menggunakan wang APF sebagai modal perniagaan tanpa membuat sebarang pinjaman.
  • Mendapat sumbangan mesin pengadun dan pemotong dari pihak LKAM sebagai permulaan perniagaan.
  • Kebiasaannya pelanggan manjadikan produk beliau sebagai cenderahati.
  • Melakukan penjualan secara tempahan dan khidmat catering.
  • Keuntungan bersih beliau setiap bulan mencapai RM5000 hingga RM6000
  • Kelainan produk beliau dari usahawan yang lain adalah dari segi bentuk dan pembungkusan yang menarik, berkualiti, tahan lama dan tidak berbau. 






Maklumat tentang produk 'Belacan Bintulu' :



  • Belacan Bintulu dibuat daripada 100% udang geragau (Bubuk).
  • Penangkapan Udang geragau di Bintulu menggunakan pukat lengkong di kawasan yang agak dalam tetapi bukan di tepi pantai.
  • Belacan digunakan untuk membuat masakan harian seperti sambal belacan, belacan goreng, kuah sambal laksa sarawak untuk campuran masakan sayur-sayuran.
  • Dijamin bersih dan berprotein.

Produk-produk yang dihasilkan oleh Hajah Dora


Kami diberi penerangan tentang cara memproses 'Belacan Bintulu' di tempat pemprosesan itu sendiri di mana ianya terletak di dalam rumah beliau sendiri. 



posted by : Norshirah Binti Azman (S21656)
Ester Maratin (S21685)

updated by: Arfah Hanim Binti Ab Ghafar (S21468)
11 Februari 2016



No comments:

Post a Comment