Thursday, 18 February 2016
Friday, 8 January 2016
OPERASI BELACAN BINTULU
OPERASI BELACAN BINTULU
Belacan Sarawak boleh di dapati di kebanyakan bahagian-bahagian di Sarawak. Bahagian yang ada membuat belacan sarawak adalah Miri, Bintulu dan Kuching. Belacan Sarawak boleh di peroleh di kedai-kedai runcit atau di pasar tamu.
Cara - cara membuat belacan bintulu
1. Mengambil udang geragau daripada para nelayan dan dibiarkan kering. Jangan cuci dengan air paip.
2. Campurkan garam kasar dan jangan terlalu masin.
3. Dijemur di bawah panas. Sesudah jemur, tumbuk dengan lesong ataupun kisar udang tersebut menggunakan mesin pengisar.
4. Jemur sekali lagi dan ditumbuk gunakan lesong.
5. Jemur lagi sampai ia kering. Kemudian belacan itu dibentuk menjadi segi empat.
6. Proses pembungkusan dilakukan untuk saiz yang kecil dan besar.
7. Belacan dihantar ke kedai-kedai yang mengambil tempahan untuk dijual
KOS OPERASI YANG TERLIBAT
1. Kos utiliti
2. Kos bahan mentah
3. Kos peralatan
4. Kos penghantaran
syamsul azwan S20665
Thursday, 7 January 2016
Berjumpa lagi kita di entri yang kedua. Kami telah berjumpa dengan usahawan yang telah kami pilih di Kampung Assyakirin, Bintulu.
Perjumpaan kali pertama:
- Kami melakukan aktiviti temu bual untuk mengetahui tentang perniagaan beliau dalam industri yang diceburi beliau dengan lebih mendalam.
- Beliau lebih memfokuskan produk belacan yang dinamakan 'Belacan Bintulu' berbanding produk yang lain.
- Beliau juga telah berkongsi ilmu tentang cara pemprosesan produk beliau.
Latar Belakang Hajah Dora Binti Abdul Rahman
Maklumat tentang produk 'Belacan Bintulu' :
Perjumpaan kali pertama:
- Kami melakukan aktiviti temu bual untuk mengetahui tentang perniagaan beliau dalam industri yang diceburi beliau dengan lebih mendalam.
- Beliau lebih memfokuskan produk belacan yang dinamakan 'Belacan Bintulu' berbanding produk yang lain.
- Beliau juga telah berkongsi ilmu tentang cara pemprosesan produk beliau.
Latar Belakang Hajah Dora Binti Abdul Rahman
- Nama syarikat : AENO Enterprise (Diambil sempena nama anak perempuan beliau)
- Mantan guru dan Pegawai Bank
- Pernah bekerja di Syarikat Kapal sambil membuat perniagaan 'Belacan Bintulu' mengikut permintaan.
- Mula menceburkan diri beliau dalam perniagaan pada tahun 1998 secara persendirian.
- Perniagaan beliau aktif pada tahun 2006 dan beliau melakukan perniagaan secara perkongsian bersama bapa saudara beliau.
- Beliau menggunakan wang APF sebagai modal perniagaan tanpa membuat sebarang pinjaman.
- Mendapat sumbangan mesin pengadun dan pemotong dari pihak LKAM sebagai permulaan perniagaan.
- Kebiasaannya pelanggan manjadikan produk beliau sebagai cenderahati.
- Melakukan penjualan secara tempahan dan khidmat catering.
- Keuntungan bersih beliau setiap bulan mencapai RM5000 hingga RM6000
- Kelainan produk beliau dari usahawan yang lain adalah dari segi bentuk dan pembungkusan yang menarik, berkualiti, tahan lama dan tidak berbau.
Maklumat tentang produk 'Belacan Bintulu' :
- Belacan Bintulu dibuat daripada 100% udang geragau (Bubuk).
- Penangkapan Udang geragau di Bintulu menggunakan pukat lengkong di kawasan yang agak dalam tetapi bukan di tepi pantai.
- Belacan digunakan untuk membuat masakan harian seperti sambal belacan, belacan goreng, kuah sambal laksa sarawak untuk campuran masakan sayur-sayuran.
- Dijamin bersih dan berprotein.
Produk-produk yang dihasilkan oleh Hajah Dora
Kami diberi penerangan tentang cara memproses 'Belacan Bintulu' di tempat pemprosesan itu sendiri di mana ianya terletak di dalam rumah beliau sendiri.
posted by : Norshirah Binti Azman (S21656)
Ester Maratin (S21685)
updated by: Arfah Hanim Binti Ab Ghafar (S21468)
11 Februari 2016
Subscribe to:
Comments (Atom)





