Friday, 8 January 2016

OPERASI BELACAN BINTULU

OPERASI BELACAN BINTULU


Belacan Sarawak adalah sejenis makanan yang mesti dibeli oleh setiap pengunjung yang mengunjungi Sarawak. Rasanya yang enak telah menjadi satu kemestian bagi pelancong untuk merasa keunikan belacan tersebut,

Belacan Sarawak boleh di dapati di kebanyakan bahagian-bahagian di Sarawak. Bahagian yang ada membuat belacan sarawak adalah Miri, Bintulu dan Kuching. Belacan Sarawak boleh di peroleh di kedai-kedai runcit atau di pasar tamu.


Cara - cara membuat belacan bintulu

1. Mengambil udang geragau daripada para nelayan dan dibiarkan kering. Jangan cuci dengan air           paip.
2. Campurkan garam kasar dan jangan terlalu masin.
3. Dijemur di bawah panas. Sesudah jemur, tumbuk dengan lesong ataupun kisar udang tersebut             menggunakan mesin pengisar.
4. Jemur sekali lagi dan ditumbuk gunakan lesong.
5. Jemur lagi sampai ia kering. Kemudian belacan itu dibentuk menjadi segi empat.
6. Proses pembungkusan dilakukan untuk saiz yang kecil dan besar.
7. Belacan dihantar ke kedai-kedai yang mengambil tempahan untuk dijual

KOS OPERASI YANG TERLIBAT
1. Kos utiliti
2. Kos bahan mentah
3. Kos peralatan 
4. Kos penghantaran



syamsul azwan S20665

SWOT Analysis




posted by : - Arfah Hanim binti Ab Ghafar               (S21468)
                  - Muhammad Adli Akmal bin Zulkabali (S21116)

Thursday, 7 January 2016

Berjumpa lagi kita di entri yang kedua. Kami telah berjumpa dengan usahawan yang telah kami pilih di Kampung Assyakirin, Bintulu.

Perjumpaan kali pertama:

- Kami melakukan aktiviti temu bual untuk mengetahui tentang perniagaan beliau dalam industri yang diceburi beliau dengan lebih mendalam.

- Beliau lebih memfokuskan produk belacan yang dinamakan 'Belacan Bintulu' berbanding produk yang lain.

- Beliau juga telah berkongsi ilmu tentang cara pemprosesan produk beliau.



Latar Belakang  Hajah Dora Binti Abdul Rahman

  • Nama syarikat : AENO Enterprise (Diambil sempena nama anak perempuan beliau)
  • Mantan guru dan Pegawai Bank
  • Pernah bekerja di Syarikat Kapal sambil membuat perniagaan 'Belacan Bintulu' mengikut permintaan. 
  • Mula menceburkan diri beliau dalam perniagaan pada tahun 1998 secara persendirian.
  • Perniagaan beliau aktif pada tahun 2006 dan beliau melakukan perniagaan secara perkongsian bersama bapa saudara beliau.
  • Beliau menggunakan wang APF sebagai modal perniagaan tanpa membuat sebarang pinjaman.
  • Mendapat sumbangan mesin pengadun dan pemotong dari pihak LKAM sebagai permulaan perniagaan.
  • Kebiasaannya pelanggan manjadikan produk beliau sebagai cenderahati.
  • Melakukan penjualan secara tempahan dan khidmat catering.
  • Keuntungan bersih beliau setiap bulan mencapai RM5000 hingga RM6000
  • Kelainan produk beliau dari usahawan yang lain adalah dari segi bentuk dan pembungkusan yang menarik, berkualiti, tahan lama dan tidak berbau. 






Maklumat tentang produk 'Belacan Bintulu' :



  • Belacan Bintulu dibuat daripada 100% udang geragau (Bubuk).
  • Penangkapan Udang geragau di Bintulu menggunakan pukat lengkong di kawasan yang agak dalam tetapi bukan di tepi pantai.
  • Belacan digunakan untuk membuat masakan harian seperti sambal belacan, belacan goreng, kuah sambal laksa sarawak untuk campuran masakan sayur-sayuran.
  • Dijamin bersih dan berprotein.

Produk-produk yang dihasilkan oleh Hajah Dora


Kami diberi penerangan tentang cara memproses 'Belacan Bintulu' di tempat pemprosesan itu sendiri di mana ianya terletak di dalam rumah beliau sendiri. 



posted by : Norshirah Binti Azman (S21656)
Ester Maratin (S21685)

updated by: Arfah Hanim Binti Ab Ghafar (S21468)
11 Februari 2016